Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Nama aku Fatin Athirah binti Abdullah.. sedang
berjinak-jinak dengan dunia blog.. Aku mungkin tidak se’famous’ blogger lain,
tapi tujuan ku menaip segala-galanya tentang diriku di dalam blog ku ini adalah
untuk meluahkan isi hati sendiri tatkala tiada siapa yang memahami aku di saat
aku memerlukan.. Back to the story, aku dilahirkan pada 22 Julai 1994.. ya,
berumur 19 tahun.. Aku dilahirkan di Hospital Pulau Pinang tanpa seorang ayah..
Ketika ibuku menceritakan segala-galanya pada ku, jatuh air mata nie.. Pak Long
ku lah yang telah iqamat kan ku setelah lahirnya aku di muka bumi Allah ini..
Tidak pernah ku minta di lahirkan sebegini.. Ibu ku jualah yang telah menjaga,
mendidik dan menyayangi ku selama 19 tahun ini.. Bagi ku, dialah ibu dan dialah
jua ayah..
Anda semestinya di lahirkan cukup sempurna dengan kedua-dua
ayah kan.. tapi tidak bagi aku.. Mungkin telah takdir dan ketentuan Ilahi untuk
diriku.. Aku redha dengan ikhlas kerana aku yakin pasti ada hikmah di sebalik
semua nie.. Ketika berumur 6 tahun, aku bersekolah di Tadika kemas Kampung
Repoh dan telah berjaya merangkul anugerah pelajar perempuan terbaik.. dapat
piala tinggi wooo.. hehe masuk je darjah satu sampai darjah 6 aku bersekolah di
SK Kampung Repoh.. masa darjah 4 aku dilantik menjadi pengawas dan ketika di
darjah 6 aku menjadi Penolong ketua Pengawas.. Juga sebelum meninggalkan zaman
persekolahan rendah, aku turut dianugerahkan Anugerah Pelajar Perempuan Harapan
2006.. Bangga rasanya..hehe Sebenarnya aku nie agak aktif orangnya..masa
sekolah banyak mewakili acara untuk sekolah.. tak yah cite la eh ape dia..
banyak la..penat menaip.. hehe
Masuk je Sekolah Menengah, aku bersekolah di SMK Dato’
Kamaruddin.. Tak da apa yang menarik tatkala pada zaman persekolahan menengah Cuma
makin meningkat dewasa dan gemuk..hehehe.. banyak pengalaman yang aku dapat
sewaktu nak membesar nie.. sampai je form 4 aku masuk aliran sains.. memang aku tak suka sangat sains nie.. cam
terpaksa je ambik tau.. tau fasal apa, cikgu la cakap aliran sains senang dapat
u.. tapi hampeh.. huhu salah aku jugak.. result tak best pun.. masa sekolah,
gedik-gedik nak habis sekolah.. Biasa la, zaman tengah nak menggedik.. haha..
gatal nak bercinta la apa la.. tapi tu dulu,tengok orang lain sikit semua nak..
hati tak tetap pada yang satu lagi masa tu..
Okey, sekarang dah 19 tahun.. masa umur 18 tahun aku
ditawarkan masuk ke Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor.. tu je yang mampu..
huhu Syukur Alhamdulillah.. Tak pe lah, slow2 dulu.. buat Diploa dulu.. Aku
telah memilih untuk ambik course Secretarial Science.. Aku memang minat jugak
la bab2 secretary nie.. Tapi sebenarnya aku nak jadi cikgu.. Tapi tak pela..
dah rezeki kat sini.. Lagipun mak pun sokong aku ambil course nie.. Sebab kakak
sepupu aku dah berjaya sekarang nie jadi personel assistant kat Putrajaya
bahagian Kementerian Pelajaran.. So, ada semangat sikit la nak berjaya macam
dia jugak.. Umm,,ape lagi eh ? Oh ya, aku memang manja.. tapi cepat geram kalau
ada yang buat hal.. so, kita baik2 jela eh.. aku memang suka nangis
sangat-sangat.. cepat touching.. tambah2 time mak aku sakit dulu.. kanser
payudara.. Allah je tahu masa tu macam mana susahnya kami.. mak berhenti keja
sebab sakit.. aku pulak anak tunggal.. masa tu baru habis spm.. tinggal dengan
tok n tokwan je.. masing2 dah tua.. duit ! ya itulah yang membuat aku runsing
time tu.. Alhamdulillah ada ahli keluarga yang begitu memahami.. Aku bangkit
saat tu.. meski pun aku rasa nak rebah.. hari2 berteman air mata.. macam-macam
aku fikir.. aku betul tak sedia apa-apa jadi kat mak time tu..
Alhamdulillah mak dah ok sekarang.. pengeluaran kwsp juga di
luluskan.. amin ya Rabb.. Engkau mendengar segala rintihan hamba mu tatkala
itu.. Kehidupan kembali normal seperti biasa dan meneruskan pengajian ku di
sini dengan tabah..
Umm,, tu jela kot nak cite.. nanti ape2 cite lagi.. hehe
Buah hati??? Nanti cite banyak2 lagi.. dulu selalu gaduh2.. sekarang sayang2
dah.. hehe see u again.. nite ! J
masa aku kecik-kecik
dia lah ibu, dia lah juga ayah.. :-)