Friday, 29 March 2013

hubby ~~





my beloving one ~~

Alhamdulillah..dah baik semula kan sayang ~~ ...



8:27pm
bie,sy dpt tk utk maen bola?hehe
awak mmg xlayak dr peringkat awal lg..
hahahaahahaha...jahattt...kenapa pulak?
sbb faktor jantina
ala..gurau pun tk boleh cikgu nie..kalau sy tk terpilih,izinkan saya curi hati cikgu boleh??hihi
lg xboleh..
dah dimiliki org
kenapa bie?
ha?sapa?
fatin athirah
oh..sy harihta nitaf..lupa lak..
hihi
haha.,taw pun
nakal eh dia..cubit taw la..
wekkk

8:39pm
selain laksa,tk da ke favourite yg lain?
ermmm spagetti..
amboi...tk reti..
balaj la.,kwn sy wat sedappp///
alaaaa...nt msti banding2kan sy msak tk sdap mcm kwn bie..
awak nie? nape think negatif
mcm dlu pon suh wat laksa ckp cmtu jgk..
bie,dia guna prego tu ke?
last2 sedap je
hehe..laksa tu buat dgn sepenuh hati nk bg awak mkn,mak ayh awak mkn..yg pnting,ikhlas..
abes nak wat spagetti nak bg sape mkn?
ye..bg bie bucuk sy la mkn..nt sy try..tkt tk jd je..sy tk pndai western2 food nie..yela,org kmpung je..
so pandai masak pe je ag? cuba bg nak try
masak simple2 je..ingat nk wat msk lemak ketam..bie suka tak
sy mkn je pe2 pon
wat cokodok dah la kt bie..ok?
ok
sampai ati...
haha..nie sayang nie..bg ape pun makan..kalau pepagi bie nk g keje,perlu tak buat sarapan?ke bie tak makan pagi?
makan la.,klu xmkn len kira jnji dah ada
nt buat,tak makan,sape nak makan?membazir tak baik..amalan syaitan kan..
ye xpayah masak...
haha..mana boleh..tak baik..kalau bie cakap nk mkn,buat lah..nt lapar pulak cikgu saya nie..
taw pon
cikgu,saya sayang cikgu ketat-ketat..
ye

Saturday, 23 March 2013

married ~~

kite tengok orang kawin ~~~ gambar orang kawin ~~~ Ya Allah,kite nak kawin.. : ( jujur rasa dari hati..kite tak nak hidup tanpa ada ikatan macam nie lagi..kite nak dapat pahala..bukan dosa.. : (

Friday, 22 March 2013

di hari minggu ~~

eeergggggkkkkk Alhamdulillah....kenyang nya..hari nie kite makan nasi berlaukkan kari ayam dengan sayur campur..lepas tu sosej dengan bebola ketam..semuanya RM5..mahal ke murah??? hi hi

umm...cadangnya hari nie kite nak siapkan nota office admin yang tertangguh tu..harap ada mood la eh..hu hu
sebenarnya kite rindu kat mak..mak baru je habis buat kimo..kesian mak,kembali tak bermaya tapi masih risaukan kite dengan azlan..kite tak nak cakap pasal dia..kite selalu ubah topik kalau mak tanya pasal tu..kite tak nak mak tahu yang kite sedih dan mak pun sedih...

umm..pape pon kite tengah selsema nie..hingus aje..ha ha habis tisu sekotak..tak sihat sikit sejak kebelakangan nie..tapi tak pe,kite tahu Allah sayang kite..sebab tu Allah bagi kite ujian nie..tak tau sangat nak cakap ape hari nie..tak de cerita menarik setakat nie untuk hari nie..nanti kalau ada,kite tulis lagi eh ~~ 

Selamat berhujung minggu~~ kite tak pergi mana pun,duduk diam-diam je kat bilik..budak baik la katakan kan.. he he ~~ da da



sweet muwit : )

Entry kali nie simple-simple je..nak cerita pasal diri sendiri pulak..hehe eh,eh,eh bukan ke nie blog athirah azlan? so dua-dua cerita kite masukkan.. : ) umm...masa kite tengah taip entry nie,kite dengar lagu bila cinta - Gio..sedih je..layan betul perasaan..

Kite ingat lagi masa kite sekolah,kite selalu berangan nak dapat suami yang dapat bimbing kite dengan baik..Alhamdulillah kite jumpa dengan dia..dia baik..cuma...~~ ummm...
 kite rasa terubat rindu bila baca novel sayang cikgu ketat-ketat..kalaulah cikgu safarin tu cikgu azlan kan bahagia..kenal kejap je dah terus bertunang dengan gadis berumur 18 tahun tersebut..lebih kurang sebaya kite..lepas tu terus kawin..kite nak macam tu..kite tak nak couple2 nie..tak boleh..tapi,orang tak lamar,takkan kite nak sibuk-sibuk cakap.. : (
kalaulah cikgu safarin tu betul-betul wujud,nak je kite ngorat dia..he he (ngengade) ada tak cikgu macam tu? hi hi tapi kan,kite sedar..kite tak cantik..belajar tak tinggi..tak kan ada cikgu nak dekat kite..cikgu kan ijazah..taraf tinggi..nanti tak sekufu ~~ : ( 

Terima kasih Ya Allah kerana selalu menyedarkan hamba Mu ini untuk sentiasa merendah diri dan sedar akan kekurangan sendiri..


di malam yang bosan ~~

'saya sayang cikgu ketat-ketat..rindu cikgu ketat-ketat..ok,puas hati? '

sweet kan? nie antara isi novel 'sayang cikgu ketat-ketat'..
kalau boleh nak cerita je satu novel tu kat blog nie taw..tapi,panjang sangat..hehe..nanti la eh..
nanti kite ambik gambar isi-isi novel tu part yang sweet-sweet tu..mesti korang suka..caya lah !



bosan sebenarnya..malas nak fesbuk sangat..tadi pun on9 kejap tetiba tengok dia pun on9 jugak..terus kite offline je..malas nak bertembung..nanti lagi macam-macam dia kutuk kite..kite tak nak gaduh dan sakit hati..so kite mengalah je..tak pe,kite tahu Allah sayang kite..kite harap dia ok kat sana sementara kite merajuk panjang nie..bukan ape,kite terasa hati betul..tapi kite tak nak sampai kite benci dia..sebab tu kite sabar banyak-banyak..Allah suruh kite sabar dan terus sabar..
Awak,kite harap awak sihat je..kite tak ganggu awak..nanti awak marah-marah kite lagi..kasar-kasar dengan kite lagi,tengking-tengking kite lagi..kite takut..nanti kalau awak balik sini,kite harap awak selamat..kite tahu,awak tak kan bagitahu kite nanti..tak pe..

sayang cikgu ketat-ketat !



novel kegemaran aku..mengisahkan seorang cikgu yang sangat baik dan sweet bersama seorang gadis yang masih muda..
alangkah indahnya kalau cikgu safarin tu adalah cikgu azlan secara realitinya..watak gadis yang dibawa pula sedikit sebanyak sama seperti aku..tapi hakikatnya cikgu safarin,bukan cikgu azlan..
novel ini sangat kelakar romantik dan sedih..aku sangat suka novel nie..try la eh cari dan baca.. : )

Saturday, 2 March 2013


.

CARA SOLAT TAUBAT

.

1.  Niat Solat Sunat Taubat:

.

2.  Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

.
Rakaat pertama:   Surah Al-Kafirun
Rakaat kedua:   Surah Al-Ikhlas
.
.

3.  Semasa  sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih berikut 40 kali:

“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo li-miyn.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini termasuk daripada golongan orang yang aniaya (zalim).
.
.

4.  Setelah memberi salam hendaklah memperbanyakkan beristighfar :

.
a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-dziy laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku mohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b.  Sambung baca Istighfar Tauhid berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi-rul-Laa-hil ‘A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta ‘Ab-di zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si-hi dhor-raa, wa-laa naf-‘an wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat, menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian, hidup dan kebangkitan.
.
c.  Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali :
“AL-Laa-Hum-ma an-ta rab-bi  Laa i-la-ha il-laa an-ta kho-laq-ta-ni wa-a-naa ‘ab-du-ka wa-a-naa ‘a-laa ‘ah-di-ka wa-wa’-di-ka mas-ta-th0′-tu, a-‘uu-dzu-bi-ka min syar-ri-maa sha-na’-tu, a-buu u-la-ka bi-ni’-ma-ti-ka ‘a-lay-ya wa-a-bu-u bi-dzan-bi fagh-fir-lii, fa-in-na-hu laa yagh-fi-rudz dzu-nuu-ba il-laa an-ta.”
Ya Allah! Dikaulah Tuhanku, Tiada Tuhan melainkan Dikau; Dikau yang menciptakan daku dan daku adalah hamba-Mu. Dan sedaya mampuku, daku berpegang dengan janji dan sumpah setiaku terhadap-Mu. Daku memohon perlindungan-Mu daripada segala kejahatan yang telah dilakukan; Daku mengakui akan segala nikmat yang Dikau berikan kepadaku dan daku mengakui akan dosa-dosaku. Maka ampunilah daku kerana tiada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Dikau.
.
.

5.  Baca Doa Taubat

.
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus!
Daku bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak).
Daku mohon perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya daku bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai daripada amalan baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah daku. 
Ya Allah, Ya Tuhanku! Terimalah taubatku, suci bersihkanlah segala dosaku dan kabulkanlah permohonanku. Sesungguhnya Dikau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang!

saya perlukan ini buat masa sekarang..saya perlukan Allah..


Cara Solat Istikharah
a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:
g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.